Pengenalan
Penstrukturan semula bertujuan meningkatkan keselamatan pendapatan persaraan ahli & memenuhi keperluan hidup semasa.
Tarikh kuatkuasa penstrukturan ini ialah pada 11 Mei 2024.
Akaun 1 & Akaun 2 distruktur semula kepada 3 akaun:
(1) Akaun Persaraan
(2) Akaun Sejahtera
(3) Akaun Fleksibel
3 Jenis Akaun
(1) Akaun Persaraan – Simpanan untuk bersara. Dikeluarkan ketika bersara.
(2) Akaun Sejahtera – Berkaitan pendidikan, kesihatan & perumahan. Boleh dikeluarkan sebahagian ketika umur 50 tahun.
(3) Akaun Fleksibel – Boleh dikeluarkan pada bila-bila masa untuk sebarang tujuan minimum RM 50.
Peratusan caruman selepas tarikh kuatkuasa adalah (1) 75% – Akaun Persaraan (2) 15% – Akaun Sejahtera (3) 10% – Akaun Fleksibel.
Simpanan Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan pada bila-bila masa untuk sebarang tujuan minimum RM 50.
Akaun Fleksibel KWSP akan bermula dengan baki sifar pada tarikh kuatkuasa.
Pemindahan Baki
Ahli ada pilihan untuk memindahkan sebahagian baki dalam Akaun Sejahtera (Akaun 2) ke akaun Akaun Fleksibel KWSP sebagai baki permulaan.
Dengan cara ini, ahli boleh keluarkan simpanan dalam Akaun Fleksibel tanpa perlu menunggu caruman baharu.
Tempoh ahli boleh buat pemilihan memindahkan baki dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel adalah dari 11 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024.
Hanya boleh pilih satu (1) kali sahaja dalam tempoh itu & tidak boleh batalkan pemilihan.
Jumlah Amaun Dipindahkan
Amaun yang akan dipindahkan bergantung kepada baki Akaun Sejahtera ketika pilihan di buat.
2 senario pemindahan
(a) Simpanan Akaun Sejahtera sama dengan atau lebih daripada RM 3,000
(b) Simpanan Akaun Sejahtera kurang daripada RM 3,000.
*****
(a) Simpanan Akaun Sejahtera >= RM 3,000 – (1) 10/30 akan dipindahkan ke Akaun Fleksibel (2) 5/30 akan dipindahkan ke Akaun Persaraan (3) 15/30 akan dikekalkan dalam Akaun Sejahtera.
(b) Simpanan Akaun Sejahtera < RM 3,000 – (1) 100% akan dipindahkan ke Akaun Fleksibel sekiranya simpanan sama atau kurang daripada RM 1,000 (2) RM 1,000 akan dipindahkan ke Akaun Fleksibel & bakinya dikekalkan dalam Akaun Sejahtera sekiranya simpanan Akaun Sejahtera lebih RM 1,000 & kurang dari RM 3,000 (3) Tiada pemindahan akan dibuat ke Akaun Persaraan untuk simpanan Akaun Sejahtera kurang daripada RM 3,000.

Akaun Fleksibel KWSP Dan Syarat Pengeluaran
Simpanan Akaun Fleksibel KWSP boleh dikeluarkan pada bila-bila masa untuk apa jua tujuan minimum RM 50.
Boleh memohon pengeluaran Akaun Fleksibel melalui
(a) KWSP i-Akaun
(b) Cawangan KWSP di seluruh negara
Akaun 55 Dan Emas
Semua akaun ahli yang sudah mencapai umur 55 tahun akan disatukan ke dalam Akaun 55. Caruman baharu bermula umur 55 tahun akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas.
Boleh layari laman web KWSP atau hubungi KWSP untuk pertanyaan & maklumat lanjut.
Contoh Simpanan Dan Pemindahan
Contoh tambahan.

🔥Panduan untuk keluarkan simpanan Akaun Fleksibel KWSP melalui aplikasi mobile i-Akaun.
Rujukan
1. Laman web rasmi KWSP.
2. Surat khabar Berita Harian.